Saturday 25 April 2015

HADIAH DARI SYURGA PART 2

Slm..

Ada 2 org rakan fb merangkap ex-schoolmate yg demand nk saya tulis blog dgn ayat novel, camana ya? Bukan ke ayat blog dgn novel tu seakan-akan sama ja, menggunakan kaedah bercerita. Mungkin ayat novel lebih puitis (jiwang) berbanding blog yg lebih santai & ringkas. Mungkin mereka rindukan karya puitis saya di zaman persekolahan dulu but my dear friends (Anis & Nana) the fact is, time change, people also change including me, hehe.. (jiwang x?ayat novel dah ni!)

Berbalik pada cerita bersalin putera sulung saya Adam Ayish yg kini dah pun 30 hari melihat dunia, saya tiba di bilik wad tepat jam 7 mlm hari Khamis 26.03.2015 & dgn selambanya saya suruh nurse buka tv channel tv3. Walaupun masih lali + pening kesan ubat bius & ubat tahan sakit bagai tetap ada hati nak tgk episod akhir Teman Lelaki Upahan (patut anak ni nk namakan Ezwan Lutfi je, tapi takut papa dia jeles).

Tika itu barulah ada segaris senyuman di wajah suami saya. Saya cuba tersenyum, meyakinkan dia yg saya ok, that everything gonna be ok. Kemudian dia, kakak & anak saudara saya turun ke nursery untuk melihat baby..for the first time.

Mlm tu saya x dpt tdo entah la kenapa. Nasib baik husband blh tunggu, dia sentiasa ada di sisi saya maklum la saya ni dah xde mak. Ayah pulak kurang sihat. Mak meninggal dekat 2 tahun dah. And ni la salah satu sbb kenapa saya bersalin kat sini, sbb mudah untuk suami bantu saya kerana selain kakak & adik, saya hanya ada dia. Dia racun dia jugalah penawarnya.. (ayat novel x?)

Sepanjang mlm saya memikirkan keadaan baby. Sampai saya call kat nursery bertanyakan baby no.18 ok x? Sbb kaki saya blm blh gerak lagi so saya xblh nk turun dr katil.

Demikianlah pahit getir melahirkan seorang anak yg kami nanti2kan. Semua org ada cerita mereka sendiri. Sengaja saya coretkan cerita saya di sini unt tatapan diri sendiri.. Mana tau bila saya bgn suatu hari nanti saya dah tak ingat siapa diri saya & org2 di sekeliling saya?

Sekian, yg baik dr Allah s.w.t yg buruk dr diri saya sendiri. Kalau x suka, geli, nyampah, jgn baca.. data anda bukan saya yg byr..hehe peace no war!



Adam genap sebulan hari ni..






Friday 24 April 2015

HADIAH DARI SYURGA

Assalamualaikum..alhamdulillah dikurniakan umur yg panjang & rezeki untuk mula menulis lagi. Kehidupan kini sudah tidak seperti dulu lagi, ada sebutir mutiara kecil di mata & di hati kecilku ini.. ianya sebuah hadiah dari syurga, rezeki yg tak ternilai dr Allah..

Pada tanggal 26.03.2015 i dah diberi tarikh untuk 'serah diri' sbb dah over due. So awal pagi tu lebih kurang pkl9 pg i & hubby pun bergerak ke Kedah Medical Centre (KMC) dgn hati yg berdebar2 tapi happy jg sbb x lama lagi kami akan dpt tgk baby dlm perut ni hehe..

Sampi je di KMC kitorang terus booking bilik & kemudian dihantar terus ke labour room, masa tu jantung dah kencang sgt..labour room ni bukan tmpt org yg dh nak bersalin ke? I belum pun sakit lg, cuma over due 4 hari je, kenapa terus dihantar ke sini? Erk..

Masuk je labour room baru i fhm yg i akan kena drip ubat untuk percepatkn proses bersalin..masa tu cuma ada hubby je yg temankan, my sister baru otw...and i really dont know how to feel the feelings on that moment... nak kata sedih pun tak, nak kata happy pun tak sgt sbb takut, tapi i ada fikirkan mati sbb tu satu kemungkinan yg i kena hadapi..so i cuma bykkan berdoa & baca ayat2 pendek yg i ingt (sbb ayat2 panjang mmg x ingt dah). Dlm pkl12 my sister sampi i suruh husband pi borak dgn dia kt luar sbb dlm labour room cuma husband ja blh masuk. I sebenarnya x suka my hubby tgk i sakit sbb i tau dia kesiankan i. I x suka tgk seorg lelaki yg kuat mcm dia jadi lemah bila tgk i sakit, i jadi lemah bila dia lemah so i prefer dia jgn tgk i sakit.

Sampi pkl430 ptg dr dtg check bukaan baru 2.5 cm, diulangi 2.5cm! 2.5cm je doktor? Kena drip ubat dr pkl1030 pg sampi pkl430 ptg baru buka 2.5 cm? Doktor yg merawat i, Dato Dr. Kamaruzaman terus je cadangkan operation sbb dia assume yg kepala baby susah nak turun sbb baby i besar. Dia bagi pilihan blh tunggu lg 2 jam tapi dia khuatir i cuma akan menanggung sakit tapi jalan tak terbuka & tetap akan kena operate. Masa tu sakit contraction mmg dh kerap sgt mcm dh nak beranak tpi kepala baby masih jauh di ats kata doktor.

Husband keluar tanya my sister sbb dia tak sanggup nk buat keputusan untuk operate sbb dia kesiankan i. Dia takut operation tu akan menambahkn lg kesakitan i. Nasib baik my sister ada, dia nasihatkan husband i ikut jer nasihat doktor. Buat ja yg terbaik untuk selamatkan i & baby.

Dalam sekelip mata jer i dh ditolak ke operation room. Sempat jumpa husband & senyum kt dia.. telling him that everything gonna be ok padahal takutnya hanya Tuhan yg tahu. I hanya fikirkan mati je masa tu, really..

Finally my baby come out savely at 5.38 pm alhamdulillah.. I ada dgr doktor takbir Allahhu Akbar 3 kali kemudian diiringi tangisan baby.. tapi lama baru nurse dtg letakkan baby atas dada i sbb diorg cuci dulu. Masa tu i sempat tanya, " Anak saya ke ni?" Haha apa punya soalan la..

Keluar dr operation room i terus ditolak ke bilik diiringi husband & my sister. Masa tu husband belum dpt tgk baby sbb baby terus ditolak ke nursery.

Demikian la ceritera i bersalin anak sulung kami.. t.b.c

Adam Ayish.. 3.86 kg

Mama & papa sebelum masuk labour room..sempat lg tu..

 
Copyright 2019 Reserved to Mama Adam Iman Design By Cik Nurfarah