Monday 11 March 2019

Doa Buat Anak-anakku

Assalamualaikum..

Anak-anak saya baru tidur. Seorang berumur 1 tahun 10 bulan dan seorang lagi berumur 3 tahun 11 bulan.. Raut wajah yang hampir sama, lirik senyum yang sama.. Pertama bernama Adam Ayish, kedua bernama Iman Harith. Sengaja saya beri nama yang lembut didengar, semoga besar nanti jadi lelaki budiman yang lembut tutur kata, tutur kata ja tau yang lembut bukan tingkah laku hehe.. Anda boleh lihat kedua-duanya di gambar profile saya, comel kan? Semua anak pun comel, lebih lagi di pandangan ibu bapa sendiri, hanya anak kitalah yang kita lihat paling comel di dunia..

Saya masih belum pasti bagaimana nak corakkan masa depan mereka, yang saya ada hanyalah perancangan. Kadang terfikir sempatkah aku melihat mereka membesar? Kerap juga saya berdoa agar dipanjangkan usia saya untuk melihat mereka membesar, semoga mereka tidak hilang kasih sayang seorang ibu di usia kecil ini. Sebab itu wahai para ibu, dalam kesibukan kita harus juga jaga kesihatan sendiri. Kalau bukan untuk diri sendiri, tetap kena jaga untuk anak-anak.

Apalah yang saya merepek di tengah-tengah malam ini. Entah siapa la yang akan membacanya hehe. Jom saya akhiri dengan ucapan selamat malam dan assalamualaikum buat semua yang tersesat ke laman ini. Terima kasih ya Allah, kerana nikmat nafas ini dapat kami melihat anak-anak kami tertidur pulas..

Sama tak kami?

Saturday 2 March 2019

RESIPI SUP TULANG RUSUK KIRI



Bahan utama:
Tulang rusuk lembu/tulang kaki lembu
(direbus dgn api perlahan)

Bahan tumis 1(dihiris):
Bawang besar/merah
Bawang putih
Halia
Rempah 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga) 

Bahan tumis 2(dikisar):
Bawang besar
Bawang putih
Halia

Bahan tumis 3:
2 susu besar rempah sup Adabi (dibuat pes/ bancuh dgn air suam)




Cara2 memasak: 
1. Tulang direbus terlebih dahulu sehingga empuk. 
2. Tumis bahan 1 di dalam kuali berlainan sehingga naik bau. 
3. Masukkan bahan 2 yg dikisar. Tunggu sehingga naik bau dan berwarna agak kekuningan.
4. Masukkan bahan tumis 3, kecilkan api n masak sebentar sehingga mendidih.
5. Setelah masak, masukkan bahan tumis ke dalam periuk rebusan tulang yg sudah empuk. 
6. Perasakan sup dengan garam

Friday 1 March 2019

NASI DAGING KUNYIT KAK MAH STESEN BAS EKSPRES KANGAR, PERLIS

Assalamualaikum..

Panjang dan lengkap kan tajuk petang ini. Ni saya nak kongsi menu makan tengahari saya tadi. Di Perlis ni ada banyak tempat makan yang menarik, tapi saya hanya nak ceritakan tentang nasi daging kunyit kak mah saja hari ni. Destinasi kedai makan seterusnya anda kena selalu singgah blog terpencil ni ok.

Taraaa..menarik tak? 
Harga sepinggan nasi macam ni RM6 sahaja, ada sambal belacan, ada kuah tomyam dan yang penting daging BANYAK dan nasi pun BANYAK. Berbaloi kan? Sesuai untuk insan-insan yang kelaparan, sibuk bekerja sehingga tak sempat sarapan pagi macam saya ni.

Nasi daging kunyit kak mah ni dah terkenal di pekan Kangar. Kedainya sudah beroperasi lebih dari 10 tahun dan sudah ada pelanggan tetap. Rasanya pun sedap dan tidak pernah berubah. Dari dulu sampai sekrang sama ja rasanya bermaksud tukang masaknya sentiasa menjaga kualiti masakannya. Walau pun kedai makan biasa-biasa saja, tapi yang penting bagi saya sedap dimakan, kualiti dan kebersihan makan dijaga rapi.

Untuk malam ini saya ada udang sambal lado, sup daging dan ikan kembung goreng untuk anak-anak. Cukuplah untuk tarik selimut bak kata orang tua-tua. Silalah menjamu mata anda ya. Jemput makan semua. Selamat malam..

Menu makan malam saya dan anak-anak

 
Copyright 2019 Reserved to Mama Adam Iman Design By Cik Nurfarah