Showing posts with label jiwang. Show all posts
Showing posts with label jiwang. Show all posts

Saturday, 19 May 2012

HARGA DIRIKU..

Salam untuk semua..
Pic xda kena mengena dengan tajuk di atas ye.. Pics ni Dahlia amik masa turun dari Cameron Highland ikut Tapah pada bulan Mei tahun lepas. Saja nak share 3 situasi berbeza-beza yang dinamakan kehidupan..

kemaafan ibarat air..

..milik kita hanya usaha..

..selebihnya cuma tawakkal.


Petang semalam  Dahlia rasa down sangat sebab Dahlia dah buat 'kawan baik Dahlia' (BFF) marah dan merajuk. Dahlia juga tahu Dahlia dah buat dia terluka. Tapi yang paling sukar untuk Dahlia, BFF Dahlia ni dia paling tak suka bila Dahlia buat salah pastu Dahlia asyik minta maaf. 

Maaf tu dah jadi macam xda nilai pada dia bila dah kerap sangat diminta dan diberikan. Sebab tu berkali-kali dia pesan, jika dia marah, dia nak Dahlia diam je kerana dia akan baik sendiri.

Jadi malam semalam BFF msg Dahlia kat bbm (dah ok la tu dah hilang rajuknya). Itu tandanya dia dah maafkan Dahlia. Alhamdulillah.. dan ini msg terakhir dia yg dah berikan sedikit semangat dan kekuatan untuk Dahlia mengharungi liku-liku kehidupan yang serba mencabar ini.. Tq baby..

"Kita xda apa2 tapi kita ada harga diri, kita ada kekuatan, kita kena yakin kita bisa buat apa saja dengan adanya usaha.."

*BFF- Best Friend Forever
*Istilah BFF bagi Dahlia- Seorang sahabat yang juga boleh jadi kekasih dan suami..

by Dya Dahlia
Big Field, Perlis, Malaysia..

Wednesday, 9 May 2012

AKUKAH YANG BERSALAH?

Salam buat semua..entry kali ni xdak pic ye jadi tak perlu nak scroll ke atas ke bawah memang xkn jumpa nyer. Mood Dahlia sedih dan lembap aja 2, 3 hari ni. Ditambah pula dengan cuaca yang kejap ujan kejap panas. Dahlia ada masalah sikit dengan hujan ni, Dahlia xsukakan hujan bila sendirian. Hujan buat Dahlia rasa sedih dan sukar. Hujan buat Dahlia rasa lemah dan nak nangis. Napa ya? Entahlah..

Takdir semua orang berbeza-beza. Dahlia senang melihat kawan2 mencapai kejayaan dengan mudah, memiliki kehidupan yang bahagia dan ceria ja sepanjang masa. Dahlia juga insaf melihat ada lagi individu yang hidup dalam serba kekurangan, namun mereka tetap tenang ja hadapi ujian Allah. Bukankah Allah hanya menguji kita dengan ujian yang mampu kita hadapi sahaja? Jadi ujian yang sedang Dahlia hadapi ini hanya Dahlia sajalah yang mampu hadapinya kan? Jika diberikan kepada orang lain, mungkin orang itu xkan sekuat Dahlia kan?

Aku redha ya Allah dengan jalan hidup yang Engkau lorongkan untukku ini. Namun jika aku masih sendiri tika ini, adakah aku yang bersalah ya Rahman? Jika aku masih bahagia dengan jalan yang sepi ini adakah masih juga aku yang bersalah ya Rahim? Sayangnya ada insan2 yang tidak bahagia melihatku bahagia SENDIRI..


With luv,
Dya Dahlia
(Padang Besar, Perlis.)


 
Copyright 2019 Reserved to Mama Adam Iman Design By Cik Nurfarah