Tuesday 4 December 2012

testing my new skin..

salam,,
ni entry percubaan,,
saja nak tengok how this things work,,
k bye..

Friday 20 July 2012

YANG KE-4?

Salam untuk semua,,sebenarnya Dahlia tengah dok wat tugasan kepimpinan nak hantar jap lagi ni kat lecturer, tapi curi masa sikit untuk jenguk istana hinggap Dahlia ni ha cina,, dah berabuk-abuk dh..

Sebenarnya Dahlia belum start pun shopping untuk raya, tapi bila Dahlia kira-kira balik rupanya dah 4 pasang baju raya Dahlia beli tahun ni termasuk yg beli kain n yg ready made kt Fair Lady baru ni Dahlia beli,, biar benar kau Dahlia,,


ni yg ke-4..ermm..

Saturday 19 May 2012

HARGA DIRIKU..

Salam untuk semua..
Pic xda kena mengena dengan tajuk di atas ye.. Pics ni Dahlia amik masa turun dari Cameron Highland ikut Tapah pada bulan Mei tahun lepas. Saja nak share 3 situasi berbeza-beza yang dinamakan kehidupan..

kemaafan ibarat air..

..milik kita hanya usaha..

..selebihnya cuma tawakkal.


Petang semalam  Dahlia rasa down sangat sebab Dahlia dah buat 'kawan baik Dahlia' (BFF) marah dan merajuk. Dahlia juga tahu Dahlia dah buat dia terluka. Tapi yang paling sukar untuk Dahlia, BFF Dahlia ni dia paling tak suka bila Dahlia buat salah pastu Dahlia asyik minta maaf. 

Maaf tu dah jadi macam xda nilai pada dia bila dah kerap sangat diminta dan diberikan. Sebab tu berkali-kali dia pesan, jika dia marah, dia nak Dahlia diam je kerana dia akan baik sendiri.

Jadi malam semalam BFF msg Dahlia kat bbm (dah ok la tu dah hilang rajuknya). Itu tandanya dia dah maafkan Dahlia. Alhamdulillah.. dan ini msg terakhir dia yg dah berikan sedikit semangat dan kekuatan untuk Dahlia mengharungi liku-liku kehidupan yang serba mencabar ini.. Tq baby..

"Kita xda apa2 tapi kita ada harga diri, kita ada kekuatan, kita kena yakin kita bisa buat apa saja dengan adanya usaha.."

*BFF- Best Friend Forever
*Istilah BFF bagi Dahlia- Seorang sahabat yang juga boleh jadi kekasih dan suami..

by Dya Dahlia
Big Field, Perlis, Malaysia..

Tuesday 15 May 2012

BUAH HATI KEKASIH ORANG..huhu

Salam.. Dahlia dapat tahu ada rakan Dahlia yang tertunggu-tunggu entry baru Dahlia haha sukanya hati, macam best ja kan hek2. Padahal xda apa2 pun. Dah dia nak sangat meh sini Dahlia nak cerita pasal 'buah hati' Dahlia yang telah diambil orang ni. 

Macam ni, mula-mula Dahlia yang nampak dulu, kira Dahlia punya la kan sebab Dahlia dah ada niat nak memilikinya. Tapi Dahlia saja ja biar lama sikit baru nak dapatkan (konon2 romantik la kan) sebab Dahlia tak tahu rupa-rupanya ada orang nak rampas 'dia' dari Dahlia. Dahlia lupa ada sorang makhluk Allah ni taste dia lebih kurang sama ja macam Dahlia.

Luluh hati Dahlia, hancur lebur impian Dahlia bila tengok rakan Dahlia ni dok berkepit dengan 'buah hati' Dahlia tu sesampainya Dahlia ke ofis kemarin dulu huhu.. Apa nak buat, dah nasib badankan.. Selalu aja terlambat, selalu aja tertinggal di belakang.. 

Tapi salah Dahlia juga, nak apa2 suka bertangguh, xmau amik ja masa ada peluang.. 

Tapi mungkin ni la yang dikatakan xdak jodoh n xdak rezeki.. 

Sesungguhnya Dahlia redha..




Hehe.. ni la dia kekasih hati yang Dahlia maksudkan..

Saturday 12 May 2012

NEW ARRIVAL

Hi there..saja nak cuba bakat berniaga di pasaran maya ni. Kalau kat opis semua benda pun Dahlia jual, kain baju, aksesori wanita, kasut, handbeg, produk penjagaan wajah, name it ja la memang Dahlia suka bisnes. Tapi kecil2an aje la..

Okey ni nak try jual 2nd thing in the world yang Dahlia pantang tengok selepas 'kasut',,jeng jeng.. Harga pengenalan hanya RM35 untuk semua item termasuk pos. Sebarang pertanyaan boleh komen kat bawah ni ye..









Wednesday 9 May 2012

AKUKAH YANG BERSALAH?

Salam buat semua..entry kali ni xdak pic ye jadi tak perlu nak scroll ke atas ke bawah memang xkn jumpa nyer. Mood Dahlia sedih dan lembap aja 2, 3 hari ni. Ditambah pula dengan cuaca yang kejap ujan kejap panas. Dahlia ada masalah sikit dengan hujan ni, Dahlia xsukakan hujan bila sendirian. Hujan buat Dahlia rasa sedih dan sukar. Hujan buat Dahlia rasa lemah dan nak nangis. Napa ya? Entahlah..

Takdir semua orang berbeza-beza. Dahlia senang melihat kawan2 mencapai kejayaan dengan mudah, memiliki kehidupan yang bahagia dan ceria ja sepanjang masa. Dahlia juga insaf melihat ada lagi individu yang hidup dalam serba kekurangan, namun mereka tetap tenang ja hadapi ujian Allah. Bukankah Allah hanya menguji kita dengan ujian yang mampu kita hadapi sahaja? Jadi ujian yang sedang Dahlia hadapi ini hanya Dahlia sajalah yang mampu hadapinya kan? Jika diberikan kepada orang lain, mungkin orang itu xkan sekuat Dahlia kan?

Aku redha ya Allah dengan jalan hidup yang Engkau lorongkan untukku ini. Namun jika aku masih sendiri tika ini, adakah aku yang bersalah ya Rahman? Jika aku masih bahagia dengan jalan yang sepi ini adakah masih juga aku yang bersalah ya Rahim? Sayangnya ada insan2 yang tidak bahagia melihatku bahagia SENDIRI..


With luv,
Dya Dahlia
(Padang Besar, Perlis.)


Saturday 5 May 2012

SCHAWAL part3

Salam untuk semua..excited sangat Dahlia setiap kali terjumpa pic kahwin diorang ni. Yang ni Dahlia dapat dari fb Awal, so credit to Awal la ye.. Cantik sangat2, suka sangat2, walaupun pic dari pandangan sisi. Ini diorang belum pandang kamera lagi haha excited2. 

Ok, Dahlia nak admit something la. Dahlia ni jenis manusia yang sangat taksub dengan majlis2 kahwin yang comel2 ni, yang biasa2 pun kalau melibatkan kawan2 n sedara mara Dahlia taksub juga. Nanti Dahlia akan buat satu entry khas yang mengandungi koleksi pics kahwin kawan2 n sedara mara yang ada dalam simpanan Dahlia ek. Cuma kali ni layan je la pic comel ini.. Scha n Awal, with lots of love..

(pic credit to Awal..)

SCHAWAL part 2




(pics from google)

Dengan sekali lafaz, Scha al-Yahya & Awal Ashaari selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis ringkas yang dihadiri kira kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM2,050 manakala jumlah wang hantaran di’rahsiakan daripada pengetahuan umum. Scha al-Yahya menghantar 9 dulang hantaran berbalas 7 dulang.
Majlis pernikahan mereka malam ini berlangsung di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya manakala resepsi perkahwinan mereka bakal berlangsung pada 6 Mei ini di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

SCHAWAL

Congratulation..


Kalau tak silap saya hari ni la majlis nikah couple cute ni kan. Comel ja dua2 orang ni, sejuk ja mata memandang haha..

Dia Scha Al-yahya


Dia Awal Ashaari..

Mereka Schawal, hehe..

(Pics from Saiful Nang fb album, thanks a lot!)
 
Copyright 2019 Reserved to Mama Adam Iman Design By Cik Nurfarah