Saturday 25 April 2015

HADIAH DARI SYURGA PART 2

Slm..

Ada 2 org rakan fb merangkap ex-schoolmate yg demand nk saya tulis blog dgn ayat novel, camana ya? Bukan ke ayat blog dgn novel tu seakan-akan sama ja, menggunakan kaedah bercerita. Mungkin ayat novel lebih puitis (jiwang) berbanding blog yg lebih santai & ringkas. Mungkin mereka rindukan karya puitis saya di zaman persekolahan dulu but my dear friends (Anis & Nana) the fact is, time change, people also change including me, hehe.. (jiwang x?ayat novel dah ni!)

Berbalik pada cerita bersalin putera sulung saya Adam Ayish yg kini dah pun 30 hari melihat dunia, saya tiba di bilik wad tepat jam 7 mlm hari Khamis 26.03.2015 & dgn selambanya saya suruh nurse buka tv channel tv3. Walaupun masih lali + pening kesan ubat bius & ubat tahan sakit bagai tetap ada hati nak tgk episod akhir Teman Lelaki Upahan (patut anak ni nk namakan Ezwan Lutfi je, tapi takut papa dia jeles).

Tika itu barulah ada segaris senyuman di wajah suami saya. Saya cuba tersenyum, meyakinkan dia yg saya ok, that everything gonna be ok. Kemudian dia, kakak & anak saudara saya turun ke nursery untuk melihat baby..for the first time.

Mlm tu saya x dpt tdo entah la kenapa. Nasib baik husband blh tunggu, dia sentiasa ada di sisi saya maklum la saya ni dah xde mak. Ayah pulak kurang sihat. Mak meninggal dekat 2 tahun dah. And ni la salah satu sbb kenapa saya bersalin kat sini, sbb mudah untuk suami bantu saya kerana selain kakak & adik, saya hanya ada dia. Dia racun dia jugalah penawarnya.. (ayat novel x?)

Sepanjang mlm saya memikirkan keadaan baby. Sampai saya call kat nursery bertanyakan baby no.18 ok x? Sbb kaki saya blm blh gerak lagi so saya xblh nk turun dr katil.

Demikianlah pahit getir melahirkan seorang anak yg kami nanti2kan. Semua org ada cerita mereka sendiri. Sengaja saya coretkan cerita saya di sini unt tatapan diri sendiri.. Mana tau bila saya bgn suatu hari nanti saya dah tak ingat siapa diri saya & org2 di sekeliling saya?

Sekian, yg baik dr Allah s.w.t yg buruk dr diri saya sendiri. Kalau x suka, geli, nyampah, jgn baca.. data anda bukan saya yg byr..hehe peace no war!



Adam genap sebulan hari ni..






No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2019 Reserved to Mama Adam Iman Design By Cik Nurfarah