Wednesday 9 May 2012

AKUKAH YANG BERSALAH?

Salam buat semua..entry kali ni xdak pic ye jadi tak perlu nak scroll ke atas ke bawah memang xkn jumpa nyer. Mood Dahlia sedih dan lembap aja 2, 3 hari ni. Ditambah pula dengan cuaca yang kejap ujan kejap panas. Dahlia ada masalah sikit dengan hujan ni, Dahlia xsukakan hujan bila sendirian. Hujan buat Dahlia rasa sedih dan sukar. Hujan buat Dahlia rasa lemah dan nak nangis. Napa ya? Entahlah..

Takdir semua orang berbeza-beza. Dahlia senang melihat kawan2 mencapai kejayaan dengan mudah, memiliki kehidupan yang bahagia dan ceria ja sepanjang masa. Dahlia juga insaf melihat ada lagi individu yang hidup dalam serba kekurangan, namun mereka tetap tenang ja hadapi ujian Allah. Bukankah Allah hanya menguji kita dengan ujian yang mampu kita hadapi sahaja? Jadi ujian yang sedang Dahlia hadapi ini hanya Dahlia sajalah yang mampu hadapinya kan? Jika diberikan kepada orang lain, mungkin orang itu xkan sekuat Dahlia kan?

Aku redha ya Allah dengan jalan hidup yang Engkau lorongkan untukku ini. Namun jika aku masih sendiri tika ini, adakah aku yang bersalah ya Rahman? Jika aku masih bahagia dengan jalan yang sepi ini adakah masih juga aku yang bersalah ya Rahim? Sayangnya ada insan2 yang tidak bahagia melihatku bahagia SENDIRI..


With luv,
Dya Dahlia
(Padang Besar, Perlis.)


No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2019 Reserved to Mama Adam Iman Design By Cik Nurfarah