Tahun ini juga saya bertekad untuk memasak makanan yang lebih sihat, cuba elakkan makanan berkolesterol tinggi selari dengan peningkatan usia huhu.. Nama pun tekadkan, sesuatu yang berada jauh di dasar hati nu. Sesuatu yang tiada siapa pun tahu hehe.. apa maknanya tu? Maknanya boleh jadi tertunai dan boleh jadi tidakkkkk!!
Okaylah, mari kita mula memasak ikan bakar ya, saya namakan ikan bakar moden sebab ia dibakar di dalam kuali sahaja menggunakan dapur gas.
BAHAN-BAHANNYA:
1 ekor ikan bawal emas/putih @ ikan siakap
2 sb sos cili
2 sb sos tiram
2 sb planta/buttercup
5 helai daun kunyit/daun pisang
5 biji cili padi (dihiris)
2 biji limau kasturi (pilihan)
1 biji tomato (pilihan)
daun sup + daun bawang (pilihan)
BAHAN-BAHAN KISAR DENGAN MINYAK MASAK:
10 tangkai cili kering, dipotong dan direndam air panas
1 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
2 batang serai
CARA MEMBUATNYA:
1. Kisar bahan-bahan kisar menggunakan minyak masak. Ini bertujuan untuk menghancurkan biji cili kering. Jangan masukkan air walau sedikit pun, ini akan menyebabkan rempah menjadi cair.
2. Perasakan ikan dengan garam, kemudian perap dengan bahan-bahan kisar selama 30 minit.
3. Setelah itu nyalakan api, ratakan planta ke dalam kuali kemudian baru masukkan daun kunyit sebagai alas agar ikan tidak melekat bila dimasak. Perhatian planta diletakkan di bawah daun kunyit ya, bukan di atasnya.
maafkan kuali saya yang hitam itu.. |
5. Setelah 25 minit baru saya masukkan cili padi, limau kasturi (dibelah dua, jangan perah airnya, perah ketika dihidang nanti), tomato dan daup sup+daun bawang. Kemudian tutup semula kuali, tunggu 5 minit dan siap. Selamat mencuba!!
maaf sekali lagi, bagi pihak kuali yang hitam itu.. |
No comments:
Post a Comment