Friday, 1 March 2019

PETUA HILANGKAN KENCING MANIS

Assalamualaikum..

Saya lahir dalam keluarga yang bebas dari penyakit kencing manis, setakat hari ini la ye.. Setakat ini hanya mendengar cerita kawan-kawan dan kenalan berkaitan penyakit ini selain bacaan di media sosial. Jadi saya tiada pengalaman langsung dengan pesakit kencing manis. Walau bagaimanapun, penyakit ini pada saya sangat serius jika tidak dirawat dari peringkat awal. Dari luka biasa, pesakit kencing manis yang tidak dirawat boleh merebak sehinggakan ada yang memotong anggota badan yang terkena jangkitan. Takut dan sedihnya melihat keadaan itu, namun kita hanya mampu berdoa moga dijauhkan dari penyakit itu. Selebihnya kita haruslah berusaha menjaga kesihatan melalui pemakanan yang sihat sebagai langkah pencegahan awal.

Topik kali ini lahir dari perbualan pagi dengan rakan-rakan sepejabat. Saya kongsikan di sini petua-petua traditional yang saya kira tidak akan memudaratkan jika diamalkan. Tak salah untuk kita berusaha mencari penawar setiap penyakit, samada cara moden atau traditional, yang penting kita tidak berhenti berikhtiar. Mana tahu salah satu dari petua di bawah ini bakal merubah masa depan anda?

Petua Hilangkan Kencing Manis 1:
Minum air garam kasar + limau nipis
- Garam kasar dilarutkan dalam air panas atau suam, perahkan limau nipis dan minum. Minum setiap pagi dan malam, insyaallah bacaan gula anda akan turun dengan cepat

Petua Hilangkan Kencing Manis 2:
Kisar daun belalai gajah (sila google ya jika tidak tahu) + epal hijau
- Daun belalai gajah dicuci dan dikisar bersama epal hijau, tapis airnya. Disyorkan minum sekali atau 2 kali sehari.

Petua Hilangkan Kencing Manis 3:
Kisar batang daun sup (celery) + daun belalai gajah
- Daun belalai gajah dicuci dan dikisar bersama batang daun sup, tapis airnya. Disyorkan minum sekali atau 2 kali sehari.

Sekian perkongsian, jika ada penambah baikan saya akan update semula di masa akan datang. Segala yang buruk adalah dari kelemahan saya sebagai manusia biasa, manakala semua kebaikan adalah dari Tuhan Pencipta sekalian alam.

Wednesday, 27 February 2019

RESIPI SARDIN BERLADO MINANG

Assalamualaikum dan selamat petang..

Petang-petang begini bagi para wanita mesti sibuk memikirkan nak masak apa untuk makan malam. Mari saya cadangkan satu menu yang sedap dan ringkas sahaja. Tetapi menu ini agak berlaunan dari cara masakan sardin biasa bagi orang Malaysia. Biasanya kita hanya menggunakan bawang dan cili sahaja untuk menumis kuah sardin sebagai penambah rasa, tetapi masakan sardin berlado ini saya tambah kentang sebagai penyeri hidangan. Mari kita lihat bahan-bahannya:

BAHAN-BAHANNYA:

1 tin besar sardin (diasingkan dari kuahnya, dibuang sisiknya menggunakan jari dan digoreng sehingga garing)
4 biji kentang (dibelah 4/6 dan digoreng dengan meletakkan sedikit garam dan kunyit)
8-10 biji cili merah
20 biji cili padi
1 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
Asam keping

CARA-CARA MEMASAKKNYA:

1. Kisar cili merah, cili padi, bawang besar dan bawang putih dengan menggunakan minyak masak. bertujuan untuk memecahkan biji cili yang dikisar. Jangan letakkan air walau sedikit. Kisar perlahan-lahan, jangan terlalu halus.

2. Panaskan kuali dan tumiskan bahan kisar sehingga garing. Perasakan dengan garam dan asam keping. Masukkan kuah sardin dalam tin.

3. Setelah masak tutup api dan masukkan sardin bersama kentang yang telah digoreng ke dalam kuali.    Balik-balikkan perlahan-lahan dan siap untuk dimakan. Boleh dimakan bersama nasi panas atau roti gardenia. Nyum2!

Tuesday, 26 February 2019

PETUA ANAK PUTIH GEBU

Assalamualaikum..

Tajuk kali ini adalah bertujuan menjawab banyak persoalan dari ramai kenalan mahupun yang tidak kenal berkaitan amalan saya ketika mengandung untuk mendapatkan anak yang putih gebu, licin dan sihat kulitnya. Sebenarnya saya tidak ada sebarang amalan khusus pun, pola pemakanan saya sama ja seperti ibu hamil yang lain. Cuma ada beberapa petua yang saya dapat dari individu-individu yang saya yakini yang saya fikir baik untuk kesihatan dan kandungan lalu saya amalkan.

Saya juga ada sifat buruk ketika hamil, iaitu saya terlalu mengikut nafsu makan sehingga berat badan naik sehingga 20-25kg. Mujurlah saya tidak mengidap kencing manis atau darah tinggi semasa mengandung yang memerlukan saya menjaga diet ketika mengandung. Allah lindungi saya dan anak-anak, alhamdulillah.


1. Jus Pati Delima Gulsan

Saya minum 1 sudu makan setiap pagi dan malam. Pati delima ini diperkenalkan oleh seorang bidan kampung yang saya panggil Kak Teh. Tujuannya untuk mengelakkan masalah kandungan hemoglobin rendah atau istilah yang biasa kita gunakan hb low. Saya minum dari kandungan 5 bulan sehingga ke hari-hari terakhir nak bersalin. Saya sukakan rasanya yang masam-masam manis dapat mengelakkan rasa mual kerana alahan mengandung. Selain itu menurut Kak Teh jus delima ini juga berkhasiat untuk menjadikan kulit bayi yang dilahirkan nanti licin, putih dan sihat. Bagi saya warna kulit tidaklah begitu penting, yang penting kulit yang sihat, tidak sensitif dan tahan lasak kerana kulit bayi biasanya memerlukan jagaan rapi.


2. Minum Susu Nespray Full Cream

Saya biasanya minum susu pada sebelah malam untuk mengelakkan perut berasa lapar ketika tidur. Saya pilih susu Nespray sebab rasanya sedap dan harganya juga tidak begitu mahal. Doktor saya juga menasihatkan saya supaya minum susu untuk mengelakkan kekurangan kalsium dalam badan tetapi beliau tidak menggalakkan saya minum susu yang dikhaskan untuk ibu mengandung sebaliknya mencadangkan saya minum susu biasa saja seperti Dutch Lady atau Nespray. Saya tidak ada masalah untuk minum susu setiap hari kerana saya amalkan minum susu sejak dulu lagi.


3. Elakkan air kacang soya

Air kacang soya dikatakan menyebabkan kulit bayi yang dilahirkan menjadi sensitif dan tidak tahan lasak. Pengalaman kakak saya sendiri pula mengatakan meminum air kacang soya secara rutin ketika mengandung menyebabkan anak yang dilahirkan berpotensi mendapat asma. Walaupun, tiada fakta yang tepat saya ambil keputusan untuk mengelakkan perkara-perkara yang boleh dielakkan kerana apa yang paling penting adalah kesihatan saya dan bayi dalam kandungan.


4. Elakkan air kelapa

Air kelapa dikatakan dapat melicinkan kulit bayi dan memudahkan proses bersalin. Disyorkan minum ketika di hujung kandungan. Walau bagaimanapun saya tidak amalkan minum air kepala kerana tidak menggemari rasanya. Selain itu saya pernah diberitahu yang air kelapa boleh menyebabkan sakit urat sendi jika diminum. Oleh itu saya gunakan alasan yang sama seperti di no.3 iaitu mengelakkan perkara-perkara yang boleh dielakkan selagi tidak memudaratkan. Elak di sini bukan bermakna tidak boleh diminum langsung, boleh jika teringin tetapi dalam jumlah yang sedikit.

Sekian perkongsian saya. Amalan di atas saya lakukan sepanjang mengandung 2 orang putera yang bakal berumur 4 dan 2 tahun pada tahun ni.

Add caption
Gambar: Adam Ayish & Iman Harith
 
Copyright 2019 Reserved to Mama Adam Iman Design By Cik Nurfarah